Doa dan petua mudah bersalin

Doa dan petua mudah bersalin
Doa dan petua mudah bersalin

Doa dan petua mudah bersalin

Doa dan petua mudah bersalin bagi ibu yang sedang mengandung dan menanti saat kelahiran:
  1. Setiap kali mandi sedut sedikit air dari hujung rambut.  
  2. Setiap kali selepas solat, letakkan tapak tangan kanan ke atas ulu hati dan bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 3 kali, dan ayat 87 Surah Al-Anbiyaa’ 1 kali.

Maksud ayat 87 Surah Al-Anbiyaa‘:

“Sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri ku sendiri”.
Selepas itu sapu turun tapak tangan itu sampai ke pusat dan berhenti seketika dan niatkan kepada AllahS.W.T supaya mudah dan selamat melahirkan anak yang soleh/solehah.
Apabila selesai permintaan itu, sapu turun tangan itu sehingga melepasi tundun faraj.

Apa yang penting adalah doa dan tawakkal. Suami isteri beramal dengan cara, doa dan petua mudah bersalin seperti yang dianjurkan diatas. Suami isteri harus berdoa banyak-banyak. Tingkatkan ibadah kepada Allah terutama ibadah khusus seperti solat dhuha, witir, hajat dan sebagainya. 
Yang selebihnya serahkan semuanya kepada Allah. Dia yang maha berkuasa. Semuanya yang kita ada hanyalah pinjaman dariNya. Bila-bila masa akan diambilNya hatta nyawa kita sekalipun. Pasrah dan berserahlah…

Selamat mengamalkan doa dan petua mudah bersalin ini…
Wallahua’lam.

sumber sohoque.com

Bunga Raya Penawar Asma/semput dan Demam

Daun Ketam Guri
Gambar 1 : Daun Ketam Guri
Daun Ribu
Gambar 2 : Daun Ribu

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Satu genggam bunga raya. (tak kisah warna apa. Merah lagi baik)
2. Satu genggam daun bunga raya.
3. Satu genggam daun Ketam Guri (seperti gambar 1 di atas)
4. Satu genggam daun Ribu (seperti gambar 2 di atas)
5. Kunyit satu ruas jari
6. Beras sejemput
7. Setengah gelas air

Cara penyediaannya:

Kesemua bahan di atas dimasukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam bekas. Sebelum tidur sapukan/ tampalkan ramuan ini di atas dada anda.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...