Petua Hilangkan Sakit Tekak

Petua, Hilangkan, Sakit Tekak
Petua Hilangkan Sakit Tekak

Sakit Tekak

SAKIT TEKAK adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagaipharyngotonsillitis. 

Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak. 

Biasanya sakit tekak lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya. Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak. Ia disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.


Petua Hilangkan Sakit Tekak

Berikut adalah petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan sakit tekak:

Petua 1
Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus asam jawa tersebut. Asam jawa ni elok untuk menyejukkan tekak.

Petua 2
Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu kecil madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang ori tu lagi bagus. Amalkan minum air limau ni 3 kali sehari.

Petua 3
Campurkan sesudu garam dengan segelas air dan kumur air garam tersebut. Cara ni dapat melegakan gatal-gatal pada tekak.

Petua 4
Kisarkan timun dan minum jusnya. Kalau malas nak kisar, kupas je kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Timun ni antara kelebihannya adalah dapat melegakan sakit sekak.

Petua 5
Bakar beberapa keping asam keping (asam gelugor) sehingga hitam atau hangus. Lepas tu tumbuk ia sampai lumat dan gaulkan pula dengan sedikit air sirih. Sapukan ramuan ini ke bahagian tekak dan biarkan ia kering sendiri. InsyaAllah, selepas beberapa kali melakukannya, tekak akan terasa nyaman dan rasa sakit tu akan hilang dengan sendirinya.

Petua 6
Air nasi ialah air yang mendidih waktu kita tanak atau masak nasi. Ambil air nasi dalam satu cawan atau satu gelas, biar ia sejuk sedikit dan minum. Amalkan beberapa kali sehingga hilang rasa perit pada tekak.

Petua 7
Potong halia dan lemon dan rendam semalaman. Kemudian boleh di minum. Boleh campurkan air ni ke dalam teh jugak. Kalau nak bagi kanak-kanak minum boleh la masukkan madu sedikit supaya ada rasa manis2 sikit.

Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...