Petua Hilangkan Selesema Bayi

Kerisauan seorang ibu semakin menjadi apabila bayi kecilnya sudah beberapa hari mengalami selesema yang tidak reda. Merengek dan enggan menyusu membuatkan ibu semakin bimbang.

Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.

1. Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.

2. Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3. Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Sumber:
http://pama.karangkraf.com/petua/petua-hilangkan-selesema-1.239255

Atasi Ruam Bayi Secara Tradisional

Masalah ruam di kalangan bayi adalah masalah biasa tetapi jika dibiarkan boleh menyebabkan kesihatan si kecil terjejas. Kulit bayi yang bersih dan mulus menjadi kemerah-merahan akibat alergi dengan banyak perkara termasuk susu, mandian, bedak dan persekitaran.

Jika bayi diserang masalah ruam, dia jadi tidak selesa dan akan meragam sepanjang masa. Sudah tentu ia turut membuatkan hati ibu dan ayah tidak tenteram. Selain menggunakan ubat-ubatan moden tidak salah mencuba petua orang tua-tua untuk mengurangkan masalah ruam ini.

Masak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan ia (atau guna airnya sahaja) pada bahagian yang mengalami ruam.

Selain dari itu boleh juga mencuba cara lain iaitu tumbuk hancur ragi bersaiz sederhana. Selepas itu diayak, kemudian campurkan dengan sedikit bedak. Sapukan pada kulit bayi.

Sapukan tepung ubi di kawasan yang terkena masalah ruam selepas memandikan bayi anda. Selepas beberapa hari mencuba In sha Allah ruam akan beransur hilang dan si manja boleh tersenyum riang.

Sumber: 
pama.karangkraf.com/atasi-ruam-secara-tradisional-1.251793

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...