Home » , , , , » Petua Membersihkan/ basuh Kerang

Petua Membersihkan/ basuh Kerang

kerang, cockle
Gambar: Kerang/Cockle

Petua Membersih/basuh Kerang

Kerang memang sedap dimakan dengan pelbagai jenis masakan. Untuk membersihkannya sangat sukar kerana terdapat pasir pada kerang tersebut walaupun dibasuh berkali-kali. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba 2 petua di bawah ini.

Petua untuk membersihkannya:

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.

Petua mudah kopek kerang:

Semasa anda hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.

Selamat mencuba.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...