![]() |
Gambar: Garam Bukit |
Petua merawat Gout
Petua merawat gout ini diperolehi daripada seorang orang asli yang mahu berkongsi dengan pembaca yang lain.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah garam bukit, ais kiub, baldi.
Caranya:
Masukkan air ke dalam baldi (separuh atau ikut keperluan pesakit). Kemudian masukkan garam bukit (1 gelas garam bukit dah cukup). Gaulkan sehingga sebati. Setelah garam bukit itu dah sebati dengan air, masukkan pula ais kiub (separuh air dalam baldi= 1 kilo ais kiub), kemudian gaulkan sehingga air tersebut menjadi sejuk. Ais kiub jangan sampai cair.
Selepas itu, pesakit perlu merendam kaki yang terkena Gout tadi ke dalam air berkenaan. Biarkan seketika. Sekiranya terasa sakit, angkat kaki dan tunggu sehingga ok. Selepas itu teruskan dengan merendam kaki anda. Lakukan sehingga anda berasa puas atau sehingga air tadi sudah tidak sejuk. Amalkan 2 kali seminggu. Insya-Allah penyakit Gout anda akan sembuh.
Selamat mencuba.
*Sekiranya anda tidak berasa sakit semasa merendam kaki, bermakna anda tidak menghidapi penyakit Gout.
*Air yang sudah digunakan hendaklah dibuang dan digantikan dengan yang baru.
*Air yang sudah digunakan hendaklah dibuang dan digantikan dengan yang baru.

0 comments:
Post a Comment