Petua Kelihatan Cantik

badam, air kelapa, ayam kampung, beras, bunga melur, limau nipis, madu, minyak zaitun, telur
Gambar: Badam

Petua Kelihatan cantik

Petua 1: 

Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya). Ambil pula 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam (kupas kulitnya). Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

Petua 2: 

Ambil beras ½ kilogram, 3 biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan pada wajah anda sehingga kering dan kemudian bilas.

Petua 3: 

Ambil air kelapa muda setengah gelas dan kacau dengan sebiji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.

Selamat mencuba.

Sumber: ePetua

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...