Home » » Mencerahkan Kulit Muka

Mencerahkan Kulit Muka


Petua Cerahkan Kulit Muka

Lambakan produk pencerahan kulit begitu banyak di pasaran. Anda juga dijanjikan dengan pencerahan kulit yang segera dan ketara. Tetapi terfikirkah anda tentang keselamatan produk itu terhadap kesihatan anda? Hanya mengamalkan petua lama, anda tidak perlu ragu-ragu dengan proses pembuatan mahupun keselamatan bahan digunakan. Ikuti kaedah mudah untuk cerah dengan bahan-bahan alami ini seperti berikut:

Petua yang pertama, anda boleh parut seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Perlu diamalkan setiap malam.

Manakala petua yang kedua, anda boleh menggunakan campuran bahan seperti lobak, kuning telur dan limau. Caranya pula, campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air tanpa sebarang pembersih muka.

Atau dengan kaedah lainnya yang juga berkesan dan lebih mudah adalah dengan mencampurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...