Petua Merawat Sakit Sendi

Petua, Merawat, Sakit Sendi
Sakit Sendi

Petua Merawat Sakit Sendi

Bagi yang menderita sakit sendi, ianya memang sesuatu yang menyiksakan. Selain bergantung kepada ubat tahan sakit semata-mata, anda juga boleh mencuba pelbagai alternatif lain untuk mengurangkan simptom sakit sendi ini. 

Antara rawatan sakit sendi yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Sapu tempat yang sakit dengan minyak zaitun sekerap yang mungkin.

2. Rebus beberapa batang kaki kambing dengan air yang banyak sehingga bertukar menjadi jeli. Minum satu sudu setiap hari sejam sebelum makan apa-apa sekurang-kurangnya selama 40 hari.

3. Minum sup belut atau sup tulang (gear box); rebus dari 3 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja lantas diminum. Makan sum-sum tulangnya.

4. Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
     Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
     Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.

5. Berbekam

Sumber: Pusat Rawatan Islam Kiswah

Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

selawat, Nabi Muhammad
Contoh Selawat Pendek

Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.” 

Jenis-Jenis Selawat 

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:

1) Selawat Ibrahimiyah.
2) Selawat Tafrijiyah.
3) Selawat Munjiyah
4) Selawat Ummi
5) Selawat Fatih
6) Selawat Syifa’.
7) Selawat Syafaat.
8) Selawat Badriyah
9) Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.

Kelebihan SELAWAT menurut hadis-hadis Rasulullah SAW:

1. Diampunkan dosa-dosanya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Selawat kamu atasku itu menghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadamkan api."

Dari Zaid bin Rafi' Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa membaca selawat 100 kali untukku tiap-tiap hari Jumaat, maka Allah mengampunkan dosa-dosanya biarpun dosanya itu sebanyak buih di laut."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang berselawat ke atasku pada tiap-tiap hari Jumaat 40 kali, dihapuskan oleh Allah SWT akan segala dosanya."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa daripada air dingin terhadap api dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak (hamba)."

2) Diterima amalan / yang paling utama
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawatnya untukku."

3) Didoakan oleh Malaikat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku kerana mengagungkan aku, maka Allah Taala menciptakan dari selawat itu satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayap di timur, satu sayap dibarat, sedang dua kakinya di bawah bumi ke tujuh dan lehernya sampai ke Arasy dan Allah berfirman kepada Malaikat itu: "Bacalah selawat untuk hamba-Ku ini, sebagaimana dia telah membaca selawat Nabi-Ku Muhammad SAW, maka Malaikat itu pun membaca selawat (memohon kesejahteraan) untuknya (orang yang berselawat) sampai hari kiamat." 

4) Tidak dapat lihat pahala, jika tidak berselawat
Dari Said, Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada satu kaum (kumpulan) duduk dalam satu majlis yang mereka itu tidak membaca selawat untuk Nabi SAW, kecuali akan mendapat kerugian, meskipun mereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka."

5) Terselamat dari kejutan kiamat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa yang membaca selawat untukku 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu petang, maka Allah mengamankannya dari kejutan yang maha besar pada hari kiamat dan adalah dia bersama-sama dengan para nabi dan para siddiqin di dalam syurga."

6) Bersama Rasulullah SAW di dalam syurga
Dari Anas r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa cinta kepada sunnahku maka sesungguhnya dia cinta kepadaku, dan barangsiapa cinta kepadaku maka dia bersamaku di dalam syurga."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa cinta kepada sesuatu, maka dia banyak menyebut-nyebutnya."

Dari Ibnu Abbas, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa berpegang pada sunnahku pada masa rosaknya umatku, maka baginya pahala 100 orang mati syahid."

7) Ikan berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Malaikat Jibril telah berkata kepadaku: "Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah laut di balik Gunung Qaf dan dilaut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untuk kamu, maka barangsiapa yang mengambil seekor ikan dari laut itu, maka lumpuhlah kedua tangannya dan ikannya pun akan menjadi batu."

8) Dapat syafaat Rasulullah
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Brangsiapa yang membaca selawat yang ertinya : "Ya Allah! Limpahkanlah selawat untuk Nabi Muhammad dan tempatkanlah dia pada tempat yang dekat di sisi Engkau (pada hari kiamat): maka pasti syafaatku di hari kiamat."

9) Mendapat cahaya
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali pada hari Jumaat, maka pada hari kiamat datang ia bersamanya suatu cahaya, sekiranya cahaya itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk, nescaya mencukupi mereka."

10) Sembahyang diterima
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiada sembahyang bagi orang yang tidak membaca selawat untukku."

Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa mengerjakan sembahyang dengan sungguh-sungguh tetapi tidak membaca selawat di dalam sembahyang itu untukku dan untuk keluargaku, maka sembahyangnya tidak diterima."

11) Terlepas dari sifat munafik
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa membaca selawat untukku sekali, maka Allah Taala memberikan kepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali, maka Allah memberinya 100 kali selawat dan barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali, maka Allah mencatat pada dua matanya dua kebebasan: Bebas dari sifat munafik dan bebas dari neraka, bahkan di hari kiamat Allah Taala memasukkannya ke dalam syurga bersama-sama dengan mereka yang mati syahid."

12) Tidak terpisah sehingga, diampunkan dosa
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Tiadalah dua orang Islam berjumpa kemudian berjabat tangan serta membaca selawat untukku, melainkan sesungguhnya keduanya tidak akan berpisah sehingga Allah mengampuni dosa-dosa mereka, baik yang terdahulu mahupun yang kemudian dari sebab kemuliaan Allah Taala.

13) Rasulullah SAW tahu siapa yang berselawat
Dari Abu Hurairah dan Amar bin Yasir r.a., sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan satu malaikat dan telah memberinya kemampuan mendengar semua makhluk sedang ia selalu berdiri di atas kuburku sampai hari kiamat: maka tidak seorang dari umatku yang membaca selawat untukku, kecuali dia (malaikat) itu menyebutkan namanya dan nama ayahnya, serta berkata; Hai Muhammad! Sesungguhnya fulan bin fulan membaca selawat untukmu!"

14) Lupa jalan ke syurga jika tidak berselawat
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang lupa membaca untukku maka dia lupa jalannya ke syurga."

15) Masuk neraka jika tidak berselawat
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa yang disebutkan namaku di hadapannya dan dia tidak membaca selawat untukku, maka dia masuk neraka."

16) Tidak akan fakir
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Barangsiapa membaca selawat untukku tiap-tiap hari 500 kali, maka dia tidak akan fakir."

17) Menjadi Sinar
Dari Anas bin Malik ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Hiasilah tempat-tempat pertemuanmu dengan membaca selawat untukku, kerana sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari kiamat."

18) Dapat ramai isteri
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Siapa di antara kamu yang paling banyak selawatnya untukku, maka dia itulah yang paling ramai isterinya (bidadari) di syurga (kelak)."

19) Bercahaya di atas titian Mustaqim
Dari Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW ertinya: "Orang yang membaca selawat untukku baginya cahaya di atas Titian Mustaqim, mereka yang memiliki cahaya, maka dia tidak termasuk penghuni neraka."

20) Mendapat apa yang dihajati
Sabda Rasulullah SAW ertinya: "Sungguh Allah Taala itu mempunyai para malaikat yang selalu berjalan dimuka bumi serta menyampaikan salam dari umatku, maka apabila ada seorang yang membaca selawat untukku dalam 1hari 100 kali, maka Allah Taala mengkabulkan seratus hajatnya, 70 dari hajat itu untuk akhirat dan 30 lagi untuk dunia."

Wallahualam

Petua Awet Muda Cara Islam

petua Islam, Awet muda, petua awet muda, Islam
Petua Awet Muda Cara Islam

Petua Awet Muda Cara Islam

Kekal awet muda bukanlah bertujuan untuk menafikan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya menjadikan manusia semakin tua, yakni yang telah Allah tetapkan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara, menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Maha Pencipta.

Petua untuk kekal awet muda cara Islam

Berikut beberapa petua untuk kekal awet muda cara Islam. Semestinya mudah dan selamat.

Petua 1 : 
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : 
Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : 
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. 

Petua 4 : 
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi. 

Petua 5 : 
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian. 

Petua 6 : 
Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala. 

Petua 7 : 
Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda. 

Petua 8 : 
Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. 

Petua 9: 
Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. 

Petua awet muda ini sekadar perkongsian yang boleh diamalkan. Insya-Allah dengan izin Nya ia berkesan untuk memberikan wajah berseri dan awet muda. 

Petua Membersihkan/ basuh Kerang

kerang, cockle
Gambar: Kerang/Cockle

Petua Membersih/basuh Kerang

Kerang memang sedap dimakan dengan pelbagai jenis masakan. Untuk membersihkannya sangat sukar kerana terdapat pasir pada kerang tersebut walaupun dibasuh berkali-kali. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba 2 petua di bawah ini.

Petua untuk membersihkannya:

Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.

Petua mudah kopek kerang:

Semasa anda hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu.

Selamat mencuba.

Petua Merawat Sakit Kepala Cara Islam

sakit kepala, headache, migrain
Gambar: Sakit kepala selalunya dikaitkan dengan stress

Petua Merawat Sakit Kepala Cara Islam

Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.

Penyebab Sakit Kepala

Berikut adalah keadaan yang menyebabkan sakit kepala :
  • Tekanan (tension headache).
  • Kemurungan
  • Migrain (pengecutan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  • Sakit gigi dan tulang rahang.
  • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  • Kejang otot.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun

Kaedah Rawatan Islam Merawat Sakit Kepala adalah seperti berikut:

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi Muhammad SAW (3 kali)

Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Selamat beramal.

Petua Halau Lalat

lalat, petua halau lalat, lalat rumah, fly, flies
Gambar: Lalat Rumah

Petua menghalau lalat

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit dan serangga perosak yang paling mudah dijumpai. Namun begitu, jenis lalat buah dan bunga tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit.

Kehadiran lalat pasti lalat merimaskan sesiapa sahaja yang berhadapan dengan situasi ini. Selain bunyi yang dikeluarkan ketika terbang, ia suka menghinggap pada badan kita dan keadaan tersebut sangat menganggu.

Berikut adalah senarai petua bagaimana hendak menghalau lalat.

1) Ambil dua batang lilin dan nyalakannya. Kemudian letakkan di atas meja makan atau di kawasan hidangan. Haba daripada lilin amat tidak disukai lalat.

2) Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan berisi air. Biarkan terdedah di ruang dapur.

3) Letakkan secekak daun kari dalam bekas berisi air dan biarkan di sudut tempat makan atau hidangan.

4) Ambik beberapa biji cili besar dibelah dua dan letakkan di atas meja.

5) Tumbuk kulit kayu manis sehingga hancur. Kemudian taburkan pada meja makan jika anda tidak mahu lalat datang ke meja makan tersebut.

6) Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang. Selepas itu lalat akan pergi jauh.

7) Bagi mengurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih di dalamnya. Gantungkan pada ruang makan yang terdapat lalat.

Kesan Petua Halau Lalat Di Atas

Keberkesanan petua-petua di atas untuk menghalau lalat adalah sementara, sekiranya anda mengamalkan kebersihan luar dan dalam rumah, sudah pasti lalat tidak akan hadir di rumah anda. ‘Kebersihan yang bersih bermula daripada anda sendiri’. Jagalah kebersihan di kawasan anda agar anda tidak di timpa penyakit di kemudian hari.

Petua hilangkan jerawat

tomato, kulit kayu manis, lidah buaya, ubat gigi, air basuhan beras
Gambar: Tomato
Petua hilangkan jerawat

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Lidah buaya menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur
Pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.

Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya.

Selamat beramal.

Sumber: PetuaNenekTurunTemurun

Petua Kelihatan Cantik

badam, air kelapa, ayam kampung, beras, bunga melur, limau nipis, madu, minyak zaitun, telur
Gambar: Badam

Petua Kelihatan cantik

Petua 1: 

Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya). Ambil pula 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam (kupas kulitnya). Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

Petua 2: 

Ambil beras ½ kilogram, 3 biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan pada wajah anda sehingga kering dan kemudian bilas.

Petua 3: 

Ambil air kelapa muda setengah gelas dan kacau dengan sebiji telur ayam kampung. Minum pada waktu tengah hari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.

Selamat mencuba.

Sumber: ePetua

Petua merawat demam kuning

dukung anak, demam kuning
Gambar: Pokok Dukung Anak

Petua merawat demam kuning atau jaundis.

Petua merawat demam kuning atau jaundis yang terkena pada baby baru lahir ialah dengan menggunakan pokok dukung anak.Jangan tunggu baby kuning baru nak buat..baby balik dari hospital terus je buat bila mandi ..

caranya ambik pokok dukung anak dengan akarnya sekali Cuci sikit kalau ada tanah..pastu rebus sampai airnya jadi kuning...pastu mandikan baby 2x sehari sampai baby ok..insyaallah.. paling penting jgn lupa selawat nabi dan berdoa kepada Allah...

Petua Merawat Gout

garam bukit
Gambar: Garam Bukit

Petua merawat Gout

Petua merawat gout ini diperolehi daripada seorang orang asli yang mahu berkongsi dengan pembaca yang lain.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah garam bukit, ais kiub, baldi.

Caranya:

Masukkan air ke dalam baldi (separuh atau ikut keperluan pesakit). Kemudian masukkan garam bukit (1 gelas garam bukit dah cukup). Gaulkan sehingga sebati. Setelah garam bukit itu dah sebati dengan air, masukkan pula ais kiub (separuh air dalam baldi= 1 kilo ais kiub), kemudian gaulkan sehingga air tersebut menjadi sejuk. Ais kiub jangan sampai cair. 

Selepas itu, pesakit perlu merendam kaki yang terkena Gout tadi ke dalam air berkenaan. Biarkan seketika. Sekiranya terasa sakit, angkat kaki dan tunggu sehingga ok. Selepas itu teruskan dengan merendam kaki anda. Lakukan sehingga anda berasa puas atau sehingga air tadi sudah tidak sejuk. Amalkan 2 kali seminggu. Insya-Allah penyakit Gout anda akan sembuh.

Selamat mencuba. 

*Sekiranya anda tidak berasa sakit semasa merendam kaki, bermakna anda tidak menghidapi penyakit Gout.

*Air yang sudah digunakan hendaklah dibuang dan digantikan dengan yang baru.

Petua Merawat Kencing Manis

daun belimbing buluh, daun sup, kencing manis, diabetes
Gambar: Belimbing Buluh

Sedikit perkongsian Mengenai Petua merawat kencing manis :

Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari penyakit kencing manis yg kronik dan kakinya dah hampir dipotong sbb dah memburuk. Dlm masa seminggu dia amalkan minum air rebusan daun belimbing + daun sup. Alhamdulillah lukanya mula mengering dan akhirnya sembuh sepenuhnya dari kencing manis.

Cara merawat kencing manis : 

Ambil agak2 segantang daun belimbing buluh dan seikat daun sup ( rm1-2 shj ). Direbus sehingga air menjadi hijau pekat. Air td dibuat 5 botol besar mineral ( 1.5l ) dan diminum sebotol sehari. bila dah abis, buat lagi dgn daun yg baru.. menurut pakcik ini doktor pun hairan bila kakinya yang dah hampir dipotong itu menyembuh dgn cepat. Boleh diamalkan kpd yg ada kencing manis.

Selamat Beramal.

Sumber

p/s anda juga boleh menggunakan produk shaklee, Vivik utk merawat kencing manis kerana hasil daripada testimoni, ramai pesakit berjaya sembuh hasil daripada penggunaan Vivik ini. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...