Home » , , » PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM

PENAWAR KENCING MANIS MENURUT KAEDAH PERUBATAN ISLAM


Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya. Tetapi manusia mestilah berusaha untuk mencarinya. Ingatlah sabda Nabi SAW: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, siaplah bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Jika sesiapa pernah membaca artikel kesihatan yang berkaitan penyakit ini, biasanya pesakit akan menjadi kurus, kulit jadi hitam, sel-sel mati dan akhirnya mungkin ada anggota yang terpaksa dibuang.

Berikut ialah penawar yang dikatakan amat berkesan untuk melawan dan boleh sembuh dari penyakit ini dengan izinNYA.

Bahan: 
1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
3 batang serai makan
7 biji halba

Caranya:
Ketuk 3 batang serai makan dan masuk ke dalam kelapa muda. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa. Letakkan kelapa di atas dapur/api. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

p/s Bagi pesakit darah tinggi dan sakit berkaitan jantung boleh gunakan kaedah sama.

Selamat mencuba.



Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...