Home » , , » Petua hilangkan tarik mengkarung

Petua hilangkan tarik mengkarung





Di utara ni ianya dipanggil Tarik Mengkarung bahasa sopannya Kekejangan/Cramp kaki biasanya berlaku dimalam hari ketika tidur (sedang enak2 mengeliat ketika tidur) dan biasanya terjadi pada bahagian betis dan jari kaki.

Petua Terkena Simpul Biawak atau Tarik Mengkarung 

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (Pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda). 

2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang. 

3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan. 

4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega. 

5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat. 

6. Picit bahagian pergelangan kaki. 

7. Tarik semua jari kaki. 

8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 

9. Kalau anda sedang duduk, terus bangun dan cuba berjalan (memang mulanya sakit, tetapi akan cepat hilang kalau anda bergerak). seorang tukang urut pernah memberi petua Jika betis kanan yg sakit, tekan dgn tumit kaki kiri pada tempat yg sakit tu begitu juga sebaliknya jika betis kiri yg sakit. Selamat mencuba.


Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...