Home » , » Kelebihan Buah Syurga - Delima

Kelebihan Buah Syurga - Delima


Buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. 


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Rasulullah SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". 

Perincian tentang khasiat Buah Delima adalah seperti berikut:

Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)

Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lemah tenaga batin, melambatkan penuaan, kanser prostat, kanser payudara, kanser usus dan leukemia.

Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin

Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima,” kata penyelidik.

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis

Jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama tiga bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung

Meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga mengandungi ‘ptassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Jus delima dapat membantu untuk menda­patkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan ketidak­cukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati jus delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi; flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap asma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolesterol

Jus delima akan membantu mening­katkan tahap kolesterol yang baik di samping menurunkan kolesterol yang buruk. Tahap kolesterol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengu­rangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


Lain-lain kegunaan Delima:

Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.

Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut. Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri.

Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik. Amalan makan buah delima merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat banyak penyakit.

Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu merupakan sumber untuk pewarna semulajadi. Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Selain daripada itu ia banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup. Boleh digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.

Biji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari. Di turki sos delima jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.


Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...