Home » , , , » Buah kiwi rendahkan tekanan darah

Buah kiwi rendahkan tekanan darah

Gambar: Buah Kiwi
 
Buah kiwi datang dalam 2 jenis iaitu hijau dan kuning emas. Namun kedua-duanya penuh khasiat. Walaupun saiznya kecil, kebaikan yang terkandung di dalam buah kiwi sangat banyak. Lantas, menjadikannya sebagai buah yang paling padat dengan nutrien.

Antara sebab terbaik untuk anda menjadikan buah kiwi sebagai sebahagian daripada makanan harian ialah jumlah potassium yang terkandung dalam buah hebat ini. Dengan hanya satu hidangan, ia mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang. Potassium melawan efek garam (sodium) bagi mengurangkan tekanan darah yang tinggi.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Oslo University Hospital, Norway baru-baru ini mendapati bahawa memakan buah kiwi sebanyak tiga kali sehari berupaya menurunkan tekanan darah. Kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik yang diketuai oleh Mette Svendsen ke atas beberapa penghidap hipertensi selama lapan minggu mendapati pesakit yang diberi makan buah kiwi mempunyai tekanan darah 3.6ml lebih rendah berbanding mereka yang diberi makan epal. Walau bagaimanapun, kajian terperinci sedang dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
 

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...