Cari Petua Anda Disini:

Loading...

Keputihan pada lidah bayi

Views:

11 September 20122comments


Samada bayi yang menyusu badan atau susu formula, keputihan pada lidah mereka adalah sesuatu yang normal. Tapi apabila tidak dibersihkan secara kerap, ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih parah pada bahagian mulut bayi terutama sekali bagi bayi yang menyusu menggunakan botol. Ia berkait rapat dengan kebersihan botol susu dan benda-benda disekitar bayi yang selalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

Antara petuanya ialah:

1. Dukung anak

Rebus atau rendamkan (dengan air panas) akar pokok dukung anak. Air rebusan atau rendaman itu boleh anda gunakan untuk mencuci lidah bayi anda. Jika tertelan sekalipun, tak perlu dirisaukan kerana air rebusan akar dukung anak boleh digunakan untuk merawat sakit perut atau demam bayi.

2. Daun jarak

Getah pada daun jarak juga boleh digunakan untuk membersihkan lidah bayi.

3. Yogurt asli

Bagi bayi yang telah berusia 6 bulan dan ke atas, yogurt asli boleh digunakan dengan cara menyapu yogurt pada lidah bayi di sebelah malam dan biarkan sehingga ke pagi.


PERHATIAN !!

Informasi petua di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan atau kemudaratan hasil daripada amalan petua ini. Risiko adalah tanggungjawab pembaca sendiri. Sila dapatkan nasihat atau pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang petua di blog ini. Terima Kasih.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 24, 2012 at 2:22 AM

Ada gambar tak pokok dukung anak / daun jarak?

November 27, 2012 at 7:05 PM

Awak boleh cari gambar tu kat google..tq

Post a Comment

Followers

Recent Comments

 
Copyright © May 2008. Tips @ Petua Lama - All Rights Reserved