Home » , , » Menggelak mabuk kenderaan

Menggelak mabuk kenderaan


Sesetengah orang akan berasa mual, mabuk dan muntah-muntah apabila berjalan jauh ( dengan kenderaan). Cara yang paling mudah untuk menangani masalah ini, ialah dengan menutup penghawa dingin kereta dan membiarkan udara dari luar masuk. Tapi tidak semua orang berasa selesa apabila tidak memasang penghawa dingin. Berikut ialah petua untuk menggelak mabuk kenderaan. Semoga perjalanan anda lancar selepas ini.

1. Madu asli

Campurkan madu tersebut dengan sedikit garam dan minum dengan sedikit air sebelum anda memulakan perjalanan.

2. Ubi keledek

Basuh ubi keledek dengan air panas kemudian kupas kulit. Sesudah itu, potong kecil-kecil dan jadikan sebagai makanan sepanjang perjalanan.

3. Halia

Hiris halia nipis-nipis dan kunyah lah halia itu  atau anda juga boleh memasukkan hirisan halia ke dalam termos dan minum ketika dalam perjalanan.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...