Home » , , , , » Petua Untuk Menghalus dan Melembutkan Rambut

Petua Untuk Menghalus dan Melembutkan Rambut

Petua Untuk Menghalus dan Melembutkan Rambut

Petua 1: Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama 2 minggu.

Petua 2: Masukkan 2 sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 darjah selsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat, bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu. Rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.

Petua 3: Ambil limau nipis dan perah airnya. Campurkan air limau nipis dengan air suam. Cuci rambut anda dengan menggunakan air tersebut. Rambut anda akan menjadi halus dan lembut kemilau.


Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...