Home » , , » Petua membuang kutil

Petua membuang kutil

Gambar: Kutil

Kutil boleh tumbuh dimana-mana sahaja bahagian anggota tubuh kita. Ianya tidak mendatangkan rasa sakit pada kita tetapi sudah semestinya ia akan menyebabkan rasa tidak enak dipandangan mata. Berikut beberapa petua membuang kutil dan harap-harapnya ia dapat membantu.

1. 1/2 gram dahan dan ranting tetulang direbus dengan 4 liter air dan biarkan mendidih sehingga tinggal 2 liter. Gunakan air rebusan yang masih panas untuk merendam bahagian kulit yang terdapat kutil selama 30 minit. Setelah kulit kering, sapu rata kutil dengan isi daun lidah buaya. Kutil akan gugur dengan sendirinya kelak.

2. Biduri ungu

Ambil getah biduri ungu secukupnya dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Kacau rata dan sapukan pada kutil. Lakukan setiap hari sehingga kutil hilang.

3. Gajus

Ambil kulit biji gajus dan tumbuk lumat. Kemudian campurkan ia dengan sedikit air, perah dan sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.

4. Mangga

Ambil daun mangga dan bakar sehingga hitam. Kemudian tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk dan pupukkan pada bahagian kulit yang berkutil tersebut.

5. Minyak tanah

Ambil sedikit minyak tanah, kanta pembesar, kapas dan ubat merah. Sapukan minyak tanah pada bahagian yang berkutil tersebut. Ambil kanta pembesar dan hadapkan ke arah matahari sehingga sinarnya mengenai kutil tersebut. Jangan terkejut apabila melihat kutil anda membelah dan keluar bersama dengan akarnya sekali. Cabut kutil teresbut dan sapu dengan ubat merah kemudian balut dengan kapas.


Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...