Home » , , , , » Petua Untuk Memulih dan Menyempitkan Faraj

Petua Untuk Memulih dan Menyempitkan Faraj

Gambar: Daun Sirih Bertemu Urat

Petua 1:

Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, ambil segenggam serbuk teh dan letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 3 minit. Selepas itu, basuh rata-rata dengan air teh itu. Amalkannya 2 kali, pada waktu pagi dan malam.

Petua 2:

Bahan:

2 biji kulit pisang muda

3 helai daun sireh bertemu urat

1 biji kulit pinang

Gambir sebanyak 3 keping

Sedikit kapur sireh.

Bahan-bahan tersebut hendaklah ditumbuk sehingga lumat. Kemudian direndamkan dengan setengah baldi air suam panas. Kemudian, basuh faraj anda dengan air tersebut 2 kali sehari, pagi dan malam, agar ia sentiasa bersih dan segar.

Petua 3 :

Untuk mengetatkan faraj, rebus biji manjakani dan air rebusan itu dijadikan bahan pencuci faraj. Faraj akan kembali ketat dan tidak mengeluarkan bau yang tidak enak. Petua ini juga boleh menghilangkan keputihannya.


Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...