Home » , , » Mengubati batuk berkahak

Mengubati batuk berkahak

Batuk dengan kahak adalah sangat merimaskan, apatah lagi jika kahak kental dan sukar untuk dikeluarkan. Bertambah-tambah pula jika tekak terasa gatal disebabkan kahak tersebut. Namun, jangan risau kerana terdapat petua untuk mengubat batuk berkahak ini.


Gambar: Daun Sembung

1. Daun pegaga

Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 2 kali sehari.

2. Bunga raya

Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 2 kali sehari.

3. Sembung

Ambil 15 gram daun sembung, sepotong bidara upas dan 20 gram daun pegaga. Potong halus kesemua bahan ini dan campurkan dengan 2 cawan air masak. Perah dan tapis. Minum secawan, 2 kali sehari.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...