Cari Petua Anda Disini:

Loading...
Pin It

Cara Menghalau Semut atau Lipas Dalam Kereta

Views:

 

Gambar 1 : Spray Lipas Co-Go (produk CNI)
 
Gambar 2: Combat Quick Kill Formula
 
Terdapat beberapa tips untuk menghalau semut dan lipas (kecil dan besar) dalam kereta. Antaranya:

Tip 1 :Gunakan "Combat Quick Kill Formula"
Khusus untuk lipas yang kecik kecik dan bersarang dalam kereta.. letak "combat" (ada jual di kedai) untuk bunuh lipas. Combat ni pembunuh lipas berangkai.. bila lipas tu kena combat jumpa kawan dia kat sarang tu ... lipas yang kena combat tu dengan kawan lipas tu pun sekali mati sama... tapi selepas 2-3 hari kena la vakum pulak sebab nak ambik lipas keluar dari kereta. masalah kalau lipas tu mati di bawah floor mat. susah nak ambik keluar...

Tip 2 : Gunakan Kapur Semut/Lipas
Beli kapur halau semut + lipas. Tabur dalam kereta . Semut atau lipas yang menyentuh serbuk kapur akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam, tubuh serangga tidak akan dapat digerakkan dan akan mati setelah 10 jam.

Tip 3 : Gunakan Spray CO-GO CNI
Anda boleh gunakan spray CO-GO yg dijual oleh Direct Selling CNI. Ia amat berkesan untuk serangga terutama lipas dan semut. Apa yang menarik anda hanya perlu spray pada malam tu dan dapat lihat keberkesanannya pada esok pagi.

Tip 4 : Gunakan Daun Pandan
Letak daun pandan yang dicincang tak berapa halus atau daun pandan (ikat lebih kurang je). Cara ni lipas tak mati cuma lari keluar dari kereta. Daun pandan juga boleh bagi hilang bau durian, air ikan dari pasar atau bau pelik2 dalam kereta.

**Pilihlah mana2 tips di atas mengikut kesesuaian anda. Selamat mencuba.
 
Peringatan & Amaran!!!

Informasi petua di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan atau kemudaratan hasil daripada amalan petua ini. Risiko adalah tanggungjawab pembaca sendiri. Sila dapatkan nasihat atau pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang petua di blog ini. Terima kasih..

Related Articles :


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Top Posts

Recent Comments

 

Tips @ Petua Lama Copyright © 2008 | Designed by Lasantha | Privacy Policy | Blog Disclaimer