Home » , » Merawat batuk berkahak dengan bawang putih bakar

Merawat batuk berkahak dengan bawang putih bakar


Untuk merawat masalah batuk berkahak, anda bolehlah mencuba petua ini. Caranya ialah dengan mengambil seulas bawang putih bersama-sama dengan kulitnya. Cucuk bawang tersebut dengan garpu dan bakar terus di atas api. Bakar selama 2 minit. Kemudian kupas kulitnya. Basuh sedikit dan boleh dimakan bawang putihnya. Untuk lebih mudah, anda boleh membakarnya di dalam oven dalam masa 20 minit pada suhu 180 darjah. Amalkan seulas sehari sehingga batuk kahak anda hilang.


Selain merawat batuk berkahak, bawang putih bakar juga dapat merawat gastrik, angin/sebu, dan kanak-kanak kencing tilam. Selamat mencuba.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...