PetuaLama Mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Pembaca Muslimin dan Muslimat.

PetuaLama Mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Semua Pembaca Muslimin dan Muslimat.
Home » , » Terapi Bekam Sunnah Rasullulah SAW

Terapi Bekam Sunnah Rasullulah SAW


Hadis Rasulullah S.A.W:"jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya."HR Malik

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam. Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun ) yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam

Bekam dalam istilah Melayu beerti perlepasan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor dari badan. Amalan berbekam dikatakan berasal dari negeri China sejak 1500 tahun yang lalu. Walaupun sejarah bekam sudah beribu-ribu tahun, namun ianya masih diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia ini.

Terdapat 2 jenis bekam iaitu bekam angin dan bekam darah.

Kebaikan bekam angin

1.Membantu membuang angin di dalam badan serta melegakan pernafasan dan perkumuhan.
2.Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
3.Meredakan kesakitan kepala (pening atau migrain) dan tekanan darah tinggi.
4.Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di bahagian kaki.
5.Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
6.Membantu memberi kelegaan urat saraf bagi wanita selepas bersalin.

Kebaikan bekam darah

1.Membantu mengeluarkan darah kotor dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
2.Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit seseorang akan mengakibatkan rasa berat dan malas.
3.Membantu menajamkan penglihatan.
4.Menghilangkan berbagai macam penyakit.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...