Petua merawat patah

Caranya ialah dengan mengambil telur ayam dan buang kuningnya, ambil putihnya sahaja. Kemudian ramas putih telur tadi dengan tanah liat hingga sebati dan ditampal pada bahagian patah. Jika berasa sejuk setelah ditampal menandakan ianya mujarab.

Kacang Kuda sembuhkan demam kuning

Bayi yang baru lahir yang menghadapi masalah demam kuning bolehlah dirawat dengan menggunakan kacang kuda. Caranya ialah dengan mengambil kacang kuda dan rebus kacang kuda tersebut di dalam air yang mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan tersebut menjadi sejuk dan tapis air tersebut. Gunakan rebusan tersebut untuk memandikan anak anda yang terkena demam kuning tersebut. Kacang kuda tersebut anda boleh makan. Selamat mencuba!

Daun Lemuni Penawar Pening Dan Sakit Kepala

Daun lemuni ni sebenarnya adalah ramuan untuk membuat nasi kerabu hitam. Air perahannya merupakan pewarna asli yang digunakan untuk memberi warna biru kepada nasi kerabu.

Daun lemuni merupakan kaedah termudah dalam merawat sakit kepala atau pening kepala. Ambil daun lemuni berserta batangnya yang masih lembut dalam berat lingkungan satu kilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal untuk kegunaan mengalas kepala. Pesakit kepala perlu menggunakan bantal berisi daun dan batang lemuni ini semasa tidur selama 2-3 hari. Insyaallah Sakit dan pening kepala akan hilang, kepala akan terasa ringan.

Petua: Hilangkan Batuk YG berpanjangan

Petua/Remedy*:Hilangkan Batuk YG berpanjangan
Kaedah/Method*:Kadang2 kita kena batuk yg panjang wpun dah guna pelbagai ubat.
Untuk hilangkan: ambil limau nipis sebijik dan campur dengan madu..
kacau rata-rata n terus minum..jangan minum air terus.. biarkan sahaja bahan tu meresap lama..
Daripada/From*:Dino Melaka..
Gambar/photo:

Asam jawa haluskan kulit muka

Semua wanita menginginkan wajah yang halus. Untuk itu, bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan pada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang 15 minit dan bilas dengan air. Selamat mencuba.

Menghilangkan kesan seterika

Baju dan kain yang terkena kesan seterika akan meninggalkan kesan kotoran. Bagi menghilangkan kesan ini, limau nipis boleh digunakan. Perah limau nipis dalam air kosong dan semburkan campuran limau nipis pada kesan seterika tersebut. Ambil kapas dan gosokkan pada basahan tersebut. Insya-Allah bahagian tersebut akan kembali bersih.

Petua Serikan Wajah

Untuk menaikkan seri wajah anda, ambil sebiji telur ayam kampung. Kemudian pecahkan ke dalam cawan atau gelas. Masukkan sedikit madu asli dan sedikit gula, Gaulkan sehingga sebati dan minum campuran tersebut. Amalkan seminggu sekali. Insya-Allah anda akan dapat melihat kesannya. Selamat mencuba!

Petua Hilangkan Bengkak Susu

Kepada ibu-ibu yang menyusu anak tetapi menghadapi masalah bengkak susu sehingga menyebabkan badan anda kurang sihat atau demam, anda bolehlah mencuba petua2 di bawah:

Petua 1
Ambil beberapa kumtum bunga melur dan letakkan di dalam baju dalam (bra) pada bahagian yang sakit. Kemudian pakaikan baju dalam tersebut seperti biasa. Insya-Allah dalam masa sehari bengkak susu anda akan sembuh.

Petua 2
Ambil beberapa helai pucuk dan mengkudu dan basuh pucuk tersebut bersih2. Letakkan pucuk tersebut pada telapak tangan anda dan campurkan secubit kapur makan. Kemudian kisarkan pucuk tadi bersama2 dengan kapur sehingga hancur/lumat. Sapukan pada bahagian buah dada (kawasan bengkak susu) iaitu dari atas ke bawah.

Petua 3
Ambil beberapa daun pokok kacang panjang. letakkan ditelapak tangan dan campurkan secubit kapur makan. Kemudian lenyekkan sehingga lumat menggunakan kedua2 tangan. Setelah itu, sapukan pada bahagian bengkak susu iaitu dari atas kebawah.

Selamat mencuba!

Petua Cili Blender Tahan Lama

Petua 1 :
Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan dari berkulat.

Petua 2 :
Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan sehingga kering airnya. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.

Petua 2 :
Cili yang telah dikisar hendaklah digoreng terlebih dahulu dengan minyak dan sedikit garam. Setelah sejuk, barulah dimasukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.

Petua 3 :
Masak cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk, bolehlah dikisar hingga hancur.

Mengelak Minyak Memercik

Petua 1
Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.

Petua 2
Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.

Oat cegah risiko sakit jantung

ADAKAH jantung anda dalam keadaan baik? Ia perlu difikirkan setiap wanita apabila penyakit jantung menjadi pembunuh nombor satu wanita di Malaysia malah lebih bahaya daripada semua penyakit kanser secara keseluruhan.

Mulai 1990 sehingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sebanyak 135 peratus. Pada 2006, 23 peratus kematian wanita disebabkan penyakit jantung, suatu yang amat membimbangkan apabila ia membabitkan satu kematian bagi setiap empat wanita.

Beberapa cara berikut dapat memberi penerangan mengenai keadaan jantung.

Pinggang besar, risiko besar
Lemak di sekeliling pinggang dan kawasan perut menandakan risiko lebih besar daripada lemak pada sebahagian bawah tubuh badan.

Ini bermakna wanita yang mempunyai bentuk badan buah epal iaitu lemaknya tertumpu di dalam perut berbanding punggungnya mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih besar daripada wanita yang mempunyai bentuk badan buah pear iaitu wanita yang mempunyai punggung lebih besar dan pinggul kecil.

Lemak abdomen juga boleh diketahui dengan mengukur lilitan pinggang. Ukuran melebihi 80 sentimeter (32 inci) menandakan anda obes dan mempunyai risiko besar untuk mendapat sakit dada, sakit jantung ataupun strok dan diabetes.

Indeks jisim tubuh
Indeks berkenaan menunjukkan hubungan antara berat dan ketinggian iaitu berkait rapat dengan lemak badan dan risiko kesihatan.

Bahagi berat anda dalam kilogram dengan dua kali ketinggian dalam meter (kilogram/m2). Indeks jisim tubuh 25.0 hingga 29.9 adalah berlebihan berat badan dan lebih daripada 30 adalah obes.

Berlebihan berat badan atau obes menjadikan fungsi metabolik anda dalam satu keadaan huru-hara dan membawa kolesterol darah tinggi, glukosa darah tinggi dan tekanan darah tinggi - tiga faktor utama kepada penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Paling teruk apabila anda mempunyai salah satu daripadanya, ia mengambil masa tidak lama untuk mendapatkan dua yang lain.

Kolesterol
Paras kolesterol juga dapat menentukan risiko anda mendapat penyakit jantung. Doktor mencadangkan wanita harus memastikan jumlah paras kolesterol mereka di bawah 5.2mmol/L, kolesterol tidak baik (LDL-C) lebih rendah daripada 2.6 mmol/L dan kolesterol baik (HDL-C) lebih tinggi daripada 1.3 mmol/L.

Terlalu banyak kolesterol tidak baik memang berbahaya untuk kesihatan kerana ia menjadi toksik dan menghasilkan plak (satu proses dinamakan aterosklerosis). Ia menyempitkan ruang salur darah yang akan menyekat pengaliran darah.

Apabila aliran darah jantung tersumbat, seseorang akan mengalami serangan jantung dan jika berlaku kepada otak, seseorang itu akan mendapat strok.

Berikut tip berguna untuk melindungi jantung:

1. Rendah dan tinggi yang betul. Langkah pertama mengamalkan diet yang memastikan jantung sihat dan berkeadaan baik. Dua prinsip mudah untuk diingati - rendah lemak, tinggi serat.

Kurangkan makanan berlemak contohnya makanan bergoreng dan berminyak. Dapatkan makanan yang dikukus, direbus, dibakar atau dipanggang.

Pada masa sama, pilih makanan yang tinggi serat. Mulakan mengambil sayur-sayuran yang dimasak sedikit, mengambil buah-buahan dengan kulit, memilih bijirin dan roti gandum penuh. Satu sumber makanan yang kaya dengan serat adalah oat.

2. Faktor oat. Oat adalah 100 peratus makanan semula jadi yang boleh melakukan satu perubahan besar untuk kesihatan jantung. Diet yang tinggi dengan bijirin oat atau bran oat serta diet rendah lemak dan kolesterol dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Oat adalah makanan yang kaya dengan serat larut, sejenis serat yang terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kolesterol dalam darah. Ia mengikat bendalir hempedu yang sarat dengan kolesterol di dalam perut dan menghalang kolesterol daripada memasuki aliran darah, menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Selain merendahkan paras kolesterol, oat turut membantu mengurangkan berat badan. Sebagai satu sumber tenaga rendah lemak, oat memerlukan masa lebih panjang untuk dihadamkan. Ini bermakna, ia membuatkan kita kenyang untuk jangka masa yang panjang.

3. Nutrien lengkap. Memandangkan serat larut oat amat penting, terdapat tiga nutrien lain yang harus diambil oleh wanita sebagai keperluan harian mereka iaitu kalsium, zat besi dan asid folik.

Ketumpatan tulang akan merosot dengan peningkatan umur dan bilangan kalsium mencukupi untuk memperbaiki kesihatan tulang serta menghalang osteoporosis. Ini kritikal kerana kajian menunjukkan seorang daripada dua wanita berumur lebih 50 tahun mempunyai masalah osteoporosis.

Zat besi membantu dalam pembentukan sel darah merah dan peredaran darah yang sihat. Kekurangan zat besi membawa kepada kekurangan darah yang biasa berlaku di kalangan wanita ketika datang haid.

Asid folik adalah satu kemestian untuk semua wanita di peringkat usia subur. Asid folik bukan saja boleh menyokong penghasilan sel darah merah dan menghalang kekurangan darah, ia dapat mengurangkan risiko mendapat bayi dengan satu kecacatan tiub neuron.

4. Kekal aktif. Wanita hari ini kekal aktif berterusan dan ia bukan mudah untuk makan secara betul. Justeru, makanan yang mudah menjadi pilihan.
Pilih produk makanan yang mengandungi cukup nutrien seperti serat larut oat, asid folik, zat besi dan kalsium yang boleh diambil dengan mudah.

5. Mulakan langkah. Sesibuk mana jadual anda, luangkan waktu untuk bersenam. Anda sudah menikmati makanan dengan betul, mengapa tidak memaksimumkan faedah dengan menambah senaman biasa?

Misalnya, anda boleh memaksimumkan faedah pengambilan kalsium dengan latihan berat untuk mengurangkan risiko osteoporosis. Apa yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 20 minit senaman setiap hari dalam seminggu.

Walau apapun umur anda, belum terlambat untuk berfikir mengenai jantung anda. Lakukan sedikit perubahan menerusi cara makan serta senaman, mulakan sedikit langkah dan berusaha.

Cara memeriksa ketebalan bunga tayar kereta

Caranya ialah letakkan duit syiling 20 sen di dalam alur tayar pada bahagian tengah. Sekiranya tulisan 'sen' tidak kelihatan bermakna bunga tayar kereta anda masih dalam keadaan baik. Jika sebaliknya, tayar kereta anda haruslah ditukar. Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...