Home » » Info Tentang Habbatus Sauda / Jintan Hitam

Info Tentang Habbatus Sauda / Jintan Hitam



Habbatus Sauda’ adalah sejenis tumbuhan semula jadi dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang bewarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda (bijirin hitam/jintan hitam)’.

Tumbuhan ini terdapat di negara-negara Arab dan dikenali dengan berbagai nama seperti di Mesir dan negara Syam dengan nama Al-Habbatus Barakah, di Yaman dan Iran dengan Al-Syunnis, di Algeria dengan Sanuj dan di Moroko dengan Basbas.

Dalam bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin dan dalam Bahasa Perancis ia dipanggil Graine Cumin atau Wagella Cultiree.


Semasa zaman Arab dan Mesir kuno, bijirin hitam ini digunakan untuk rawatan:
1. Asthma, Respiratory Appresi, batuk
2. Sakit kepala
3. Pengeluaran batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
4. Agen diuritetik
5. Agen “emmenogogue”
6. Agen “lactogogue” (bahan prosesan susu)
7. Kermifuge ( bahan pengeluaran cacing susu)
8. Bahan karmunetif dan perasa roti
9. Rawatan gout
10. Anti fungus dan anti mikrobiologi


DIANTARA HADIS-HADIS NABI S.A.W TENTANG HABBATUS SAUDA’

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:


“ Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam.
Aku bertanya apakah Al-Sam itu”,




Baginda menjawab “Al-Sam itu ialah maut”




Daripada Buraidah katanya: Rasulullah S.A.W bersabda:


“ Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati”


Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.


Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:


“ Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala jenis penyakit kecuali Al-Sam maut"

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...