Cari Petua Anda Disini:

Loading...

Petua Hilangkan Parut/Lubang Jerawat di Muka

Views:

26 July 20105comments

Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tampalkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Petua 8 : sebelum mandi, usapkanlah kulit pisang klutuk (batu) yang sudah matang pada kulit wajah. lalu biarkan selama 10 minit, seolah2 anda sedang dimasker. setelah itu bilas dengan air , dan baru mandi.

Petua 9 : Lumatkan sebiji pinang tua, campur dengan air mawar. gunakan sebagai bedak setiap hari. Jangan makan makanan yang pedas dan berlemak.
Perhatian/Amaran!

Informasi petua di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah kesihatan atau kemudaratan hasil daripada amalan petua ini. Risiko adalah tanggungjawab pembaca sendiri. Sila dapatkan nasihat atau pandangan daripada pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang petua di blog ini. Terima kasih..[Perhatian/Amaran is Updated on 14th Disember 2008]

Share this article :

+ comments + 5 comments

July 20, 2011 at 6:58 PM

nie petua hilangkan parut jerwat yang macam mne??
then cm mne pulak dengan parut jerwt yang ade lubang2 kecik 2?

Anonymous
April 22, 2013 at 11:25 AM

saya telah cuba petue yang kedua tetapi kulit muka saya jadi terhakis dan mengelupas..kenape ye?

Admin
April 22, 2013 at 3:22 PM

erm..sekiranya anda mendapati petua yang anda gunakan ini tidak sesuai...nasihat saya lebih elok anda berhenti dari mengamalkannya...mungkin kulit muka anda terlalu sensitif dengan petua yg anda gunakan..Sekiranya kesan sampingan yang anda hadapi ni semakin baik...maka petua ini sesuai utk awak...

May 21, 2013 at 5:18 AM

assalamualaikum.. admin kalau nak menghilang kan . lubang-lubang bekas jerawat pada muka , macam mana caranya ?? yang berkesan ??

July 17, 2014 at 11:26 PM

As Salam . saya nak tanya , petua 2 tu kene pakai berapa lama dalam 1 hari ? I mean , kene pakai dari malam ke pagi or hanya 30 minit .

Post a Comment

Recent Comments

 
Copyright © May 2008. Tips @ Petua Lama - All Rights Reserved  |   Privacy Policy |   Disclaimer! |