Home » » Anak terkena chicken pox / demam campak

Anak terkena chicken pox / demam campak

Beberapa info yang boleh dikongsikan disini mengenai demam campak :

1.Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
2.Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
3.Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
4.Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
5.Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
6.Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

•Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.

•Untuk rawatan kaedah tradisional
Petua 1
Boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem.
Petua 2
Selain daripada itu, anak yang kena demam campak juga boleh diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air). Insya-Allah demam campak akan beransur hilang.
Petua 3
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insya Allah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
Petua 4
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).

Selamat mencuba!

**Elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

7 comments:

  1. salam.macam mane nk cara cepat hilang parut????

    ReplyDelete
  2. lame ke nak hilang??makan mase brape lame tu agaknye??bulan2 ke,bape bulan?skrg ni pose,sy baru kene demam campak ni,kt tmpt blaja,bulan depan raye,sedihnye..bagile petua cepat hilang parutttttttttttt.huhhuu.sedihnye..

    ReplyDelete
  3. Anak saya baru berusia 3 tahun baru kena demam campak tp dah banyak yang timbul d punggung dia. masalahnya sekarang ni dia tak nak minum air kelapa sebab dlm mulut dia ada ruam susu.. tolong bantu saya..

    ReplyDelete
  4. i skrg tgh kene ckn pox ..penuh gile satu badan ..so ,,selalu nya berapa lama masa yg diambil utk pulih sepenuh nya ya ??

    ReplyDelete
  5. KALAU BINTIK CHIKEN POX TU DAH KERING BOLEH BERJANGKIT KAT ORANG LAIN JUGAK KER?

    ReplyDelete
  6. Boleh....kalau bintik tu kering dan mengelupas ianya boleh merebak di udara. so kena la jaga elok2 dalam 1 atau 2 minggu.....

    ReplyDelete
  7. Berapa lama kuarintin demam campak ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...