Home » , » Rawatan Tuaman Bengkak Susu

Rawatan Tuaman Bengkak Susu

Masalah ini terjadi apabila susu tersumbat dan mulai berkumpul serta berbuku di dalam payudara.

Bagi melancarkan pengeluaran susu, ibu dinasihati melakukan rawatan tuaman menggunakan bungkusan rumusan halba yang diikat seperti cepu dan direbus sehingga kembang.


Bahan:

1 genggam halba
1 genggam jintan hitam
1 genggam ketumbar biji
12 sm halia – tumbuk pecah atau cincang kasar
1 cekak daun sirih

Cara menyediakan:

1. Satukan semua bahan ke dalam kain dan diikat seperti cepu. Rebus sehingga kembang. Cepu ini digunakan panas tetapi tidak sampai melecurkan kulit.

2. Tuam di bahagian ketiak, urat belakang, belikat, tengkuk sehingga ke dada kemudian ke bahagian payudara.

3. Ulangi tuaman sehingga susu menitis dan pembengkakan berkurangan. Teruskan sehingga sembuh.

Selamat mencuba!

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...