Home » , , » Petua Bengkak Susu, payudara tersumbat,bengkak susu

Petua Bengkak Susu, payudara tersumbat,bengkak susu

Buah dada kadang2 tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman daripada bayi yang menyusu yang mengalami masalah jangkitan di mulut. Petua dibawah dikumpulkan untuk mengurangkan sekaligus menyembuhkan masalah bengkak susu ini.

1.Menggunakan daun kubis
Sangat mudah ! Ambil daun kubis dan tekap pada buah dada . Tukar daun kubis yang lain bila daun telah bertukar menjadi layu.

2. Menggunakan daun sirih
Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

3. Petua menggunakan cuka makan
Campurkan sedikit cuka makan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!).Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi.

4. Menggunakan sikat rambut
Gunakan sikat rambut dan sikat pada buah dada yang bengkak tadi. Sikat macam anda menyikat rambut anda. Cara menyikat mestilah sehala iaitu dari atas ke bawah..

5. Dengan cara tuaman
Ambil kain bersih dan rendamkan di dalam air panas. Kemudian bilas kain tersebut dan tuamkan di atas buah dada yang bengkak itu. Lakukan sehingga anda rasa selesa dan kurang rasa sakit tadi.

Selamat mencuba!!

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...