Home » » Adab minum mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Adab minum mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Minum mengikut sunnah dapat menghindari diri daripada mendapat pelbagai jenis penyakit antaranya termasuklah lelah. Berikut ialah adab minum yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW.


1.Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
2.Bacalah ” Bismillah” sebelum minum.
3.Minum air dengan tiga nafas.
4.Minum dalam keadaan duduk.
5.Semasa meneguk air, jangan bernafas ke dalam bekas air.Setiap kali erhenti minum, arahkan pernafasan ke tempat lain.
6.Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
7.Jika tidak ada tempat untuk duduk, adalah diharuskan minum sambil berdiri.
8.Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain (terutamanya alim ulama) bagi mendapat berkat.
9.Ada petua menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam yang alim lagi warak, boleh mengubati sesuatu penyakit.
10.Tidak digalakkan untuk terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Selamat beramal...

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...