Home » , » Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Menghilangkan Lebam Bawah Mata

Petua 1: Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2: Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Petua 3 : Sapukan sedikit minyak sapi bi bawah mata yang lebam sebelum tidur. Biarkan selama 10 - 15 minit. Amalkan selalu pada waktu malam sebelum hendak tidur.

Petua 4 : Letak hirisan timun di atas mata.

Petua 5 : Letak hirisan ubi kentang & kalau tak berkesan juga ambil kentang itu & hiris memanjang serta selawat 3
kali.

Petua 6 : Pakai bedak sejuk.

Petua 7 : Banyak makan jus pegaga & ambil hampasnya letakkan di bawah mata.

Petua 8 : Kalau ada saki baki susu-susu anak yg dah basi boleh sapukan setiap hari sebelum mandi utk hilangkan pigmen.

Petua 9 : Buat urutan kat area mata dgn cara gunakan 3 jari (jari telunjuk, tengah dan hantu), tepuk secara perlahan di kawasan mata bermula daripada kawasan ekor mata, ke arah hidung dan seterusnya di kawasan atas kelopak mata. Buat urutan ini selama 5 minit ATAU ambik kapas muka, bubuh air sejuk (air dari peti sejuk pun boleh), keringkan dan tekap kat mata sambil selawat 3x & biarkan dan relaks.

Petua 10: Rendam halba dan mesinkannya seterusnya masukkan dlm cembul macam cembul sup & gosok pelahan2.

Petua 11: Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.Cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

Selamat mencuba!

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...