Home » » Petua hentikan pendarahan/luka

Petua hentikan pendarahan/luka


Petua 1
Ambil sarang labah-labah yang ada di rumah anda dan tekapkan pada luka tersebut. Insya-Allah darah yang mengalir tadi akan terus berhenti.

Petua 2
Ambil lendir daun pokok Paku Plana (boleh search kat google image) dan tekapkan atau letakkan pada tempat luka (luka yang kecil). Bagi luka yang sederhana besar, daunnya dilumatkan dengan kadar yang sesuai dengan saiz luka dan dibalut dengan kain yang bersih bagi menyekat pendarahan. Luka tersebut akan cepat kering dan sembuh.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun ubi keledek dan daun lalang yang masih muda.Anda tumbuklah kedua-dua jenis daun tu hingga lumat. Setelah lumat, tampalkan saja pada mana-mana kawasan anggota badan pesakit yang keluar darah. Kalau anda mengalami pendarahan di hidung pula, titikkan daun yang lumat tadi ke dalam lubang hidung. Baki daun yang selebihnya, anda tampalkan pula kat batang hidung.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...