Penawar Kencing Manis

Tanda-Tanda Awal Kencing Manis


1. kerap membuang air kecil

2. berat badan yang menurun

3. sentiasa merasa lapar

4. sentiasa merasa haus dahaga

5. letih yang tidak menentu

6. pandangan semakin menjadi kabur

7. mudah mendapat penyakit kulit

8. merasa gatal-gatal pada kaki dan tangan

9. merasa penat dan sakit kaki

10. gatal-gatal pada perlipatan dan dua celah paha


Tanda-tanda yang SERIUS/TERUK bagi KENCING MANIS

1. sentiasa haus

2. hilang selera untuk makan

3. muntah-muntah

4. boleh menjadi pengsan dan tidak sedarkan diri

5. air kencing menjadi manis disukai oleh semut-semut


Langkah-langkah perlu DIAMBIL BERAT oleh pesakit-pesakit KENCING MANIS

1. menjaga kebersihan badan dengan sempurna dan teliti

2. sentiasa mengawasi makan dengan teliti, elakkan gula, tidak memakan makanan yang berkanji

3. menghilangkan perasaan bimbang dan risau terhadap penyakit yang dihadapinya

4. sentiasa besenam dan berehat secukupnya

5. jangan terlalu boros menggunakan tenaga

6. bila melakukan kerja-kerja yang berat setelah merasa penat segeralah berhenti janganlah diteruskan lagi

Petua mengubati Kencing Manis

  • Ambil buah petai belalang yang telah tua dan kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah sehingga hancur, kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat minuman seperti minum kopi, atau

  • ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. rebus bersama 2 liter air sehingga tinggal anggaran separuh. minumlah 2 kali sehari, lakukan sehingga sembuh, atau

  • minumlah air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari, Insya' Allah dalam masa 2 bulan akan pulih.


  • Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.


  • Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.


    MEREDAKAN KENCING MANIS

  • ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat yang kosong dan rebus di atas perapian. minumlah air tersebut 3 kali sehari, atau

  • ambil 5 kulit buah jering (tanpa isi) dan goreng tanpa minyak, gorenglah sehingga garing. kemudiannya tumbuk sehingga halus. ambil 1 sudu teh debu kulit jering tersebut dan bancurlah dengan air serbuk kopi yang hendak diminum, minumlah air tersebut 2 kali sehari.

    Selamat Mencuba!
  • Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...