Petua: Petua Merawat Beguk (mumps)

Petua/Remedy*:Petua Merawat Beguk (mumps)
Kaedah/Method*:Caranya ialah dengan mengambil cuka dan dicampurkan dengan sedikit nila (pewarna baju; blue dye). Kemudian sapukan pada bahagian beguk (mumps) itu. Amalkan selalu dan insyaallah dalam masa 2 hari beguk itu akan hilang. good luck!
Daripada/From*:Hamba Allah
Gambar/photo*:ujalalala.jpg

Powered by EmailMeForm

Luruskan rambut kerinting

curly hair

Perah sebiji kelapa bersama segelas air dan campurkan air limau nipis. Simpan di dalam peti sejuk hingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk menyapu kulit kepala serta seluruh rambut. Balut rambut dengan tuala panas selama satu jam. Bilas hingga bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Selamat mencuba.

Petua: Petua wangikan rambut

Petua/Remedy*:Petua wangikan rambut
Kaedah/Method*:Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.
Daripada/From*:ija
Gambar/photo*:pome-01.jpg

Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik

Gastric satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam perubatan tradisional orang- orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi. Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih. Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm. Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit. Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan. Selamat mencuba.

Batuk berdarah

Pokok chilli api sangat berguna dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok cili api yang telah mati dan kering perlu disimpan untuk digunakkan sebagai ubat. Seseorang yang menderita batuk berdarah atau blood coughing boleh diubati dengan menggunakan cili api yang telah kering. Akar cili api tidak kira berapa banyaknya direndam dalam air sejuk selama semalam. Air rendaman itu diminum tiap-tiap pagi dan malam sehingga penyakit itu benar-benar sembuh. Selamat mencuba.

Tips Makan ikut Sunnah Rasulullah SAW

Sejak kita dilahirkan sudah ada idola yang harus menjadi ikutan kita dalam kehidupan seharian. Iaitu Nabi Muhammad. Adalah sunah kita mengikut kebiasaan Rasulullah SAW seperti cara makan Rasulullah SAW. Mari kita renungkan kaedah makan Rasulullah SAW dan mengikutinya. Insyallah perut kita selamat daripada buncit dan sakit perut.

1. Membaca Bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah.
Barangkali hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang muslim selalu mengingat bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat,rezeki dan anugerah dari Allah Taala. Ini secara langsung akan terhindar sikap berlebih-lebihan dan membazir. Seorang muslim juga sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama, tapi sebagai menambah kekuatan untuk menuju ketaatan kepada Allah dan memakmurkan bumi.

2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
Nabi Muhammad SAW jika hendak makan selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Nasa’i dari Aisyah ra.

3. Menjauhi sikap berlebihan dan gelojoh.
Makan adalah kewajipan. Dengan makan seorang muslim memperoleh kekuatan untuk beribadat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah ibn Umar:
”Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak yang harus kamu penuhi”.
Namun demikian kita harus ingat batasan dalam makanan, iaitu menjauhi sikap berlebihan dan rakus.

Banyak sekali dalil yang menekankan hal ini. Allah dalam surat al-A’raf ayat 31 berfirman:

”Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”.
Dan juga di surat Thaha ayat 81:
”Makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan pada kalian, dan janganlah melampaui batas padanya”.
Sementara Rasulullah saw sendiri telah memerintahkan untuk mengatur waktu makan dan berpegang teguh pada etika, sebagaimana sabda Beliau:
”Kami adalah orang-orang yang tidak makan kecuali setelah lapar, dan bila makan kami tidak sampai kenyang”.
Beliau juga bersabda:
”Tidaklah anak cucu Adam mengisi wadah yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas”. (HR. Turmudzi, Ibnu Majah, dan Muslim)
Maksudnya sebenarnya makanan dalam minima pun sudah cukup baginya untuk memenuhi keperluan asas . Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Darimi, Rasulullah saw juga bersabda:
”Makanan seorang cukup untuk dua orang, makanan dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan empat orang sebenarnya cukup untuk lapan orang”.

Dalam hadis lain disebutkan:
”Sesungguhnya termasuk sikap berlebih-lebihan bila kamu memakan segala sesuatu yang kamu inginkan”. (HR Ibnu Majah)
Beliau pun bersabda:
”Seorang mukmin makan dengan satu usus, sementara orang kafir makan dengan tujuh usus”. (HR. Muslim, Turmudzi, Ahmad, dan Ibnu Majah)

4. Makan dengan tiga jari.
Dengan tiga jari berarti kita telah bersikap seimbang. Sebagaimana dikatakan bahwa makan dengan lima jari menunjukkan kerakusan, sedangkan makan dengan satu atau dua jari menunjukkan kesombongan dan keangkuhan.

5. Duduk tegak semasa makan dan tidak bersandar.
Rasulullah melarang seseorang makan sambil bersandar kerana membahayakan kesihatan dan mengganggu pencernaan usus.

6. Minum dengan tiga kali tegukan. Dilakukan sambil duduk dan tidak bernafas dalam gelas.
Nabi mengajarkan minum air dengan menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menunggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut.
Ubay bin Ka’ab berkata:
”Nabi saw tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”
Nabi saw biasa minum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di antara tiga kali tegukan di luar gelas dan bukan di dalamnya.
Diriwayatkan dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bernafas tiga kali saat minum. Beliau bersabda:
”Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan”. (HR Bukhari dan Muslim)
Anas juga berkata:
”Rasulullah saw telah melarang minum sambil berdiri”. (HR Muslim)
Ibnu Abbas menambahkan:
”Rasulullah saw telah melarang minum dari mulut teko”. (HR Bukhori dan Ibnu Majah)

7. Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging (makanan utama).
Hal ini sebagai upaya untuk mengikuti apa yang dilakukan para penghuni surga. Dalilnya adalah Qur’an surat al-Waqi’ah ayat 20-21:
”Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan”.

8. Menutup makanan dan minuman di atas meja.
Nabi mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi saw.:
Dalam riwayat Bukhari disebutkan:
”Tutuplah makanan dan minuman”.

9. Mencuci mulut (berkumur) sebelum dan setelah makan.
Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu:
”Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak”. (HR. Ibnu Majah)

10. Suplemen makanan terbaik adalah madu.
Rumah Nabi tidak pernah kehabisan madu. Nabi juga menganjurkan untuk meminum madu secara teratur. Nabi bersabda:
”Hendaklah kalian meminum madu”.
Adapun Nabi mengajarkan bahwa cara terbaik meminum madu adalah dengan melarutkan satu senduk madu dengan air yang tidak dingin dan diaduk dengan baik.

11. Tidak memasukkan makanan pada makanan.
Ada dua pendapat mengenai maksud dari memasukkan makanan pada makanan. Pendapat pertama adalah kita dilarang makan kecuali setelah dua jam dari waktu makan berat. Pendapat kedua adalah kita dilarang menyuap makanan ke dalam mulut pada saat masih ada makanan di dalamnya. Para doktor moden membuktikan bahwa kedua hal tersebut memang nampak negatif pada kesihatan.

12. Menjilat jari.
Menjilati tempat bekas makan akan sangat membantu pencernaan. Rasulullah saw sendiri menjilat jari-jemari beliau setelah makan. Beliau bersabda:
”Apabila salah seorang di antara kalian selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya”. (HR. Bukhori, Muslim, Ahmad, Tabrani)

13. Nabi melarang menggabungkan antara susu dan ikan, cuka dan susu, cuka dan ikan, buah dan susu, cuka dan nasi, delima dengan tepung, kobis dengan ikan, bawang putih dengan bawang merah, makanan lama dengan makanan baru, makanan asam dengan makanan pedas, makanan panas dengan makanan dingin.

14. Tidak tidur setelah makan.
Nabi menganjurkan seseorang berjalan-jalan setelah makan malam. Tapi boleh juga digantikan oleh solat. Hal ini dimaksudkan agar makanan masuk ke perut dengan tepat sehingga boleh dicerna dengan baik. Diriwayatkan dari Aisyah bahwa Nabi saw bersabda:
”Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah yang Mahatinggi dan solat, serta janganlah kalian tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras”. (HR. Abu Naim dengan sanad dha’if)

15. Makan bersama-sama dan tidak sendiri-sendiri.
Hal ini menyebarkan sekaligus menciptakan perasaan penuh kasih sayang dan rasa saling mencintai yang tentunya akan memberi nilai positif bagi selera makan.

16. Makan sambil berbincang dan tidak diam.
Hal ini dimaksudkan untuk menciptakan suasana rileks dan menyenangkan saat makan.

17. Menghormati budaya dan tradisi makan yang ada di tempat kita makan. Dilarang menghina atau membenci makanan, sekalipun makanan itu di luar kebiasaan kita.

18. Bersikap lembut terhadap orang sakit dengan tidak memaksa makan makanan tertentu.

19. Menjaga perasaan orang lain dengan tidak membelakangkan posisi mereka. Hal ini boleh menyebabkan terganggunya selera makan orang tersebut.

20. Tidak mencampurkan makanan yang terlalu panas dan minuman yang terlalu dingin.

21. Tidak memakan daging setiap hari, melainkan berselang hari. Diriwayatkan oleh Imam Turmudzi dari Aisyah ra, dia mengatakan bahwa bahagian lengan atas adalah daging yang paling disukai Nabi. Namun beliau tidak memakan daging setiap hari.

22. Tidak memakan buah semasa baru sembuh dari sakit. Diriwayatkan dari Ummu Al-Mundzir binti Qais, seorang wanita Anshar, dia mengatakan: ”Rasul datang kepadaku bersama Ali yang waktu itu baru sembuh dari sakit. Kebetulan waktu itu kami punya buah yang masih tergantung di pohonnya. Rasul pun berdiri dan dan memetik buah dan memakannya. Ali juga ikut memetik, namun ketika akan memakannya, Rasul mencegah seraya berkata: “Jangan Ali, kamu baru sembuh dari sakit”. Ali pun menyimpam niatnya. Maka aku membuat roti dan makanan yang direbus dan membawakannya pada mereka. Maka Rasul pun berkata pada Ali: “Makanlah ini. Ini lebih baik untukmu””. (HR. Abu Dawud)

23. Tidak pernah menolak undangan makan, bahkan jika yang dihidangkan nilainya sangat murah. Rasul tidak pernah menolak undangan makan selagi makanan yang dihidangkan itu halal, meskipun makanan itu sangat murah. Beliau berkata: “Jika kalian diundang untuk menghadiri jamuan makan, maka hadirilah. Kalau suka makanlah, kalau tidak, tinggalkan”. (HR. Abu Dawud).

Untuk para pembaca yang ingin berdiet, lakukanlah seperti diet anjuran Rasulullah. Anda tidak perlu menjaga makanan anda dengan jumlah yang sangat sedikit kerana itu akan sangat menyiksa anda. Anda hanya perlu mengunyah makanan yang anda makan sampai 32 kali kunyahan atau sampai benar-benar halus untuk ditelan. Dengan cara tersebut maka kerja perut akan kurang.

Wallahualam.

Pesanan nabi sebelum tidur

Sekadar ingat mengingati.. …

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur’an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh….

“Bertanya Aisyah :

“Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaa

Muhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Menghilangkan parut cacar air

Ambil segengam beras dan dibersihkan. Ambil 5 helai daun asam jawa (tamarind) dan sebuku kunyit hidup (turmeric) ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu. Selamat mencuba.

Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki

Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.

Turmeric reduces refractive errors

Prepare 20 pieces of betel leaves and medium-sized piece of turmeric and grate both of it.put these ingredients in the filter and pour hot water. Then, dairy it and drink the filtered water. Practice drink a glass of filtered water every day. Good luck!

Kunyit mengurangkan rabun mata

Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Numbness treating tips

Tip 1
If your fingers are numb, quickly spread it with talcum powder.

Tip 2
Take some lemongrass. Lemongrass is milled and then wiped it on the cold or numb fingers. Medication is on every night while going to sleep and do not expose it with water.

Petua kebas kaki tangan

Petua 1
Lumurkan bedak talkum pada jari anda yang kebas-kebas tu. Kalau jari anda berasa kebas jer, cepat-cepatlah lumurkannya dengan bedak talkum.

Petua 2
Jika kaki tangan sering mengalami sejuk-sejuk dan kebas seseorang itu boleh mengamalkan ubat ini. Bahan : beberapa batang serai. Serai ini digiling lalu disapukan pada bahagian yang sejuk atau kebas. Pengubatan dilakukan pada tiap-tiap malam semasa hendak tidur dan tidak boleh kena air.

How to remove hair on the upper lip

Take a lemon and squeeze it into a small container. Then, mix the lemon juice with sugar. Stir it well and then rub or massage it on the upper lips.

Menghilangkan bulu diatas bibir

Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat. Jangan risau, cubalah petua ini. Insya-Allah berkesan. Caranya, perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selain dapat menyelesaikan masalah bulu bibir lebat ianya juga membuatkan kulit kelihatan lebih menarik. Selamat mencuba.

Petua mudah tidur malam

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah susah hendak tidur malam, anda mungkin boleh mencuba petua ini. Pastikan bilik tidur anda dihiasi dengan hiasan warna biru seperti cadar, sarung bantal dan sebagainya. Warna biru dikatakan dapat menenangkan fikiran. Sebelum tidur pula,ambil buah lemon dan belah dua. Cium bau lemon tadi dan letakkan lemon tadi dibahagian kepala anda. Insya-Allah anda akan akan mudah tidur. Selamat mencuba.

Tips Mandi Wajib Mengikut Sunnah

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Merawat Muka Berminyak Dengan Buah Epal

Caranya, ambil sebiji buah epal, kemudian potong dan masukkan ke dalam mesin pengisar. Kisar epal tersebut sehingga halus tanpa menggunakan air. Kemudian ratakan pada seluruh wajah (pastikan wajah dibersihkan terlebih dahulu). Biarkan selama 20 minit dan cuci wajah dengan air suam dan air sejuk untuk mengecilkan pori-pori. Lakukanlah seminggu sekali. Selamat mencuba.

Tembikai Merawat Wajah Terbakar Matahari

Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.

Petua Mencari atau mengingati sesuatu benda yang terlupa

Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana juga.

Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya.

Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula.

Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ). Cubalah sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari.

Petua mengilatkan barang kemas (emas)

Barang kemas yang kusam tidak sedap dipandang. Untuk mengembalikan kilauan emasnya.caranya.. Sediakan semangkuk air yang telah dicampurkan dengan ubat gigi ( apa-apa jua jenama ) dan rendamkan barang kemas tersebut selama 1/2 jam Lepas tu...keluarkan barang kemas tersebut dan berus dengan berus gigi yang terpakai.Bilas dengan air bersih. Dan hasilnya seperti memiliki barang kemas yang baru. Selamat mencuba.

How to grow the mustache, beard and sideburns

If you want to keep and grow up your beard, mustache & sideburns ..you only need to take a white egg and apply it on the place you want it to grow .. practise every night before you go to bed for a week. Good luck.

Petua Menumbuhkan Janggut, Misai dan Jambang

Mungkin ada di antara kita yang menginginkan janggut, misai & jambang.. Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yg anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri.. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Insyaallah janggut, misai atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

Mata terkena cili

Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. Insyaallah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu...Selamat mencuba.

Petua Mengubati Gusi Berdarah/ gigi berdarah

Gambar: Pokok Bacang/Machang

Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.

Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;

a. Mulut kering.
b. Kurang menjaga kebersihan mulut.
c. Diabetes.
d. Tabiat merokok.
e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).

Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:

Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia. Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air. Masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya. Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.

Selamat Mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...