Home » , » Rawat bengkak, terseliuh, salah urat dengan Daun Tembaga Suasa

Rawat bengkak, terseliuh, salah urat dengan Daun Tembaga Suasa


Gambar: Pokok Tembaga Suasa

Bengkak, terseliuh atau salah urat bukanlah suatu perkara yang agak janggal bagi seseorang yang sukakan aktiviti lasak ataupun bersukan. Kalau tidak di bahagian kaki, pasti tangan kita yang menjadi mangsanya. Kita akan mengerang kesakitan ketika itu juga. Untuk merawat kesakitan tersebut marilah kita cuba petua ini.

Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun tembaga suasa. Daun itu ditumbuk sehingga lumat dan ditampalkan kepada bahagian yang sakit tersebut. Selepas itu dibalutkan.
Pembalutnya adalah lebih baik dengan menggunakan daun tembaga suasa itu sendiri. Tapi untuk mengelakkan daunnya cepat putus, layurkannya terlebih dahulu dengan api.
Bagaimanapun ada juga yang sekadar menggunakan daunnya untuk merawat tempat bengkak.
Caranya ialah disapukan dengan minyak kelapa sebelum disalaikan dengan api. Bila daun tembaga suasa itu kelihatan berminyak, barulah dibalut pada tempat yang bengkak, terseliuh ataupun salah urat tersebut. Sebaik-baiknya balutlah tempat yang terseliuh atau bengkak tadi sehingga hilang rasa sakit ataupun bengkak. Selamat mencuba.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

3 comments:

  1. salam..
    sy minta izin utk guna gambar pokok tembaga suasa tu ye..
    terima kasih..=)

    ReplyDelete
  2. aku ingatkan ni pokok vanilla! sbb bau bunga dia sbijik mcm bau vanila!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...