Home » » 9 Petua Doa Dimakbulkan

9 Petua Doa Dimakbulkan

Berikut antara 9 petua daripada Nabi Muhammad SAW utk mencapai doa mustajab. Selamat beramal..
  1. Hendaklah berdoa antara azan dan iqamat kerana doa tersebut insyaallah tidak akan ditolak.
  2. Hendaklah berdoa pada setiap sepertiga malam yang terakhir kerana pada waktu tersebut Rasullullah bersabda bahawa Allah akan turun ke langit dunia.
  3. Doa mustajab daripada 3 orang/golongan yang tidak akan ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berpuasa dan orang yang dianiaya.
  4. Hendaklah berdoa ketika bersujud dan rukuk kerana itu adalah waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya.
  5. Berdoa apabila terdengar ayam berkokok kerana ayam melihat malaikat dan berdoa meminta pertolongan daripada Allah apabila mendengar keldai memekik kerana keldai berupaya melihat syaitan.
  6. Doa dimakbulkan kepada mereka yang selalu bangun malam untuk beribadat kepada Allah.
  7. Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka doanya akan dimakbulkan.
  8. Doa dimakmulkan hanya kepada orang yang tidak terburu-buru sehingga keluar dari mulutnya perkataan seperti "aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan"
  9. Doa insyaallah dimakbulkan pada hari Jumaat.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...