Home » » Petua Rambut Berkilat

Petua Rambut Berkilat

1. Ambil dua cawan pati santan, dua batang daun lidah buaya, lima helai daun pandan dan sebiji kuning telur. Kisar daun pandan bersama daun lidah buaya dan ambil airnya. Campurkan kuning telur dan kacau sebati. Sapukan di kepala sambil mengurut kepala selama lima minit. Apabila selesai, balut kepala dengan tuala bersih selama 10 minit. Kemudian cuci dengan air bersih. Jika rambut berkelemumur tambahkan sedikit perahan air limau purut.
2. Ambil segenggam kelapa yang baru diparut. Ketika mandi, kelapa tadi digosok rata-rata pada bahagian rambut. Amalkan selalu dan hasilnya rambut akan lebih sihat dan berkilat.
Bersihkan biji betik dan jemur hingga kering. Gorengkan tanpa minyak sampai hangus. Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat. Pindahkan ke dalam piring dan bancuhkan dengan air. Sebelum menggunakannya, bersihkan rambut dan keringkan. Selain itu, sapukan bahan tadi pada rambut tanpa syampu. Hasilnya rambut akan berkilat dan lebih hitam.
3. Ramas beberapa helai daun limau purut dan bunga raya dengan sedikit air, tapis airnya dan lumurkan pada rambut. Di samping memberi keharuman pada rambut, ia juga menyejukkan kepala.

Peringatan! Informasi di blog ini dipetik daripada pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah atau kemudaratan hasil daripada bacaan di blog ini Terima kasih..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...