Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas. Insya-Allah, sakit beransur kurang.
Petua 2
Ambil getah pokok kemboja kemudian bubuh ke lubang tempat gigi rasa sakit, begitu juga ubat bagi gusi bengkak, bubuhnya di tempat yang bengkak itu.
Petua 3
Ambik getah pada tampuk buah betik yang masih muda, pastu sapukan kat kapas dan letakkan kat gigi yang berlubang/ sakit.
Petua 4
Celupkan kapas ke dalam minyak yang sudah digunakan untuk memasak. Kemudian bakar seketika di dalam piring (jangan sampai jadi abu). Masukkan sisa bakaran ke tempat gigi yang berlubang. Hati-hati jangan terkena gusi.
waaahhhh, petuahnya boleh juga nih. kamu dah coba belum?
ReplyDeleteudah dicoba petua ini....insyaallah....kalau diizinkan Allah sembuhlah ia...selamat mencuba
ReplyDeletebagus petua ni..ada satu lagi yg pelah aku lakukan sbb aku sendiri merasainya betapa peritnya sakit gigi ni sampai meleleh air mata menahan kesakitan..petuanya gonyoh/tontoh garam pada tempat yg sakit..alhamdulillah 2 minit je sakit dah ok dan terus leh zzzzz
ReplyDelete